Thursday, March 25, 2010

Pelamin Roman-Garden by Dina Halim Bridal Boutique

Salam,

Saya tengah dalam keadaan konfius + berdebar-debar. Haih, patutnya para contestant la yang berdebar kan? Ini tidak, saya yang mengalami debaran kencang di dada di saat ingin memutuskan pilihan pemenang tempat kedua dan ketiga terutamanya. Tempat pertama memang dah ada dan sangat-sangat confirm, beliau memang layak. Ini adalah kerana, pemenang tempat pertama tu tanpa penuh kemusykilan dan ragu-ragu, semua, (SEMUA tau..) juri undi dia layak memenangi tempat pertama tanpa sebarang ragu! Betapa hebatnya penangan esei Si pemenang. Yang tempat kedua dan ketiga tidak kurang hebatnya.. Cuma.. Cuma.. Haih.. Nantilah saya cerita, lepas tahu siapa pemenangnya.. Ok?

Eehehe.. Jangan marah dengan mukadimah saya yang panjang. Untuk membujuk rayu anda, saya akan upload gambar pelamin terbaru kami yang telah kami bawa di PWTC tempoh hari. So, apalagi.. Layannnn~~






Model yang penat bagi flyers pihak penganjur. Seharian diorang berdiri, kami panggil la jadi model sekejap kat pelamin. Dah alang-alang DH sponsor baju.. Suka diorang dapat duduk tau..

Diorang ni memang real couple. Kalau model real couple best sikit.. Kan?


Pelamin Roman-Garden. Koleksi terbaru Dina Halim.

Kalau 5 panel terlalu besar, boleh jadi 3 panel atau untuk rumah yang agak luas, boleh setup panel tengah tu sahaja.
Interested? Email us for more details ye.
Warna tema, kita boleh tukar ikut request kamu. Jangan risau. :) Yang ni saya buat warna yang ala-english garden. Soft pastels colour, bunga ivory + putih dan dedaunan hijau. Sangat-sangat elegant, dengan pencahayaan yang cukup. Kerusi sengaja saya pilih cleopatra. Kerana saya nak highlight pelamin dan pengantin. So saya nak buat clear statement di situ.

Monday, March 22, 2010

Update yang setelah sekian lama..

Salam,

Maaf saya selalu menyepikan diri semenjak-dua menjak ni. Serius saya katakan, banyak yang saya mahu kongsi dengan anda semua.. Tapi apakan daya, tangan saya ni ada dua je. Ada banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Setelah penat-lelah berkampung di PWTC tempoh hari (yangmana saya masih menyimpan gambar pelamin baru kami), saya memerlukan masa untuk mengemas kedai yang berselerak (ye, ini kerap-kali terjadi setiap kali lepas event) dan yang mana saya secara pantas dan tuntas kena paksa tailor siapkan baju nikah lelaki yang seorang client saya ni confirm di saat akhir, kemudian tiba-tiba tup-tup this week saya dah busy balik meng-prepare barang untuk Cik Zura Sweet Design kita (yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini).

Kemudian, saya kena cek satu persatu semula blog-blog contestant kami. Dan waktu saya cek secara teliti tu, baru saya sadar akan ada beberapa blog yang saya suka tidak cukup syarat :(owh, keciwa!).. Tidak mengapa, mungkin ini bukan rezeki kamu lagi..

Dan sekarang ni, saya gigih mencara tailor yang betul-betul berkemampuan melayan karenah saya. Ha ha. Jangan ingat kamu-kamu brides-to-be sahaja yang ada masalah ini. Kami, butik andaman pun ada masalah yang sama. Kalau kamu bridezilla, kami selaku butik andaman ni bolehlah di panggil godzilla je terus. Tapi gunung berapi saya masih di tahap terkawal. Ok, maybe lepas ni saya akan menjebakkan diri untuk mencuba apa yang cik Xora kita promote. Harapnya rezeki saya berkongsi tailor dengan kamu adalah cerah. :)

Ok, last but not least (macam karangan budak-budak kan?) Ahaha.. Saya nak update sikit gambar client saya di Bangi tempoh hari. Gambar-gambar di snap oleh saya dan hubby. Bagi yang masih tidak tahu, saya hanyalah second fotografer. Kalau jadual saya benar-benar kosong, barulah saya join suami saya meng-snap fotografi. Jika tidak, memang dalam pakej fotografi kami hanya seorang fotografer sahaja. Kiranya, saya ni jurugambar sampingan je lah (tapiii, yang penting dapat gaji! yay! hehe).. Jom, tengok gambar yang saya dan suami gigih snap.


Amira & Khairul menggayakan busana Jojet silk putih manik pink + silver untuk majlis pernikahan mereka.

Khairul ni memang peramah, before nikah pun macam rilek je lagi. Hehe..

Selalu orang tanya saya, aksesori spider tu macamana? Haa, macam ni la, ok? Selalunya sesuai untuk majlis pernikahan atau pertunangan.

Belum siap sepenuhnya pun dah cantik. :)




Memang la cantik, Lya gigih make up bersungguh-sungguh tau.

Untuk outdoor ni saya tak ada untuk snap picca, saya ada hal. Baju potong kek ni Amira tempah sendiri.





Amira yang sangat-sangat pemalu. I mean, real pemalu. Bukan senang ok, nak suruh dia posing depan kamera.

Untuk dapatkan quotation harga sesi fotografi, bolehlah contact Mr. Sebumbung di talian 012-3445672. Atau email ke sebumbung@yahoo.com atau terus ke blog beliau http://www.sebumbungfotografik.blogspot.com/ ok?

Thursday, March 18, 2010

TOP TEN CONTESTANTS FOR DINA HALIM 'Mengapa Si Dia Pilihan Saya' CONTEST

Salam,

Setelah sekian lama saya janji dengan para peserta semua, hari ni baru saya ada kesempatan nak update TOP TEN winners for DH Online contest. Ok, saya letak TOP TEN ni tak mengikut nombor pemenang ye. Untuk mengetahui pemenang tempat pertama sehingga ke tiga, selalulah menjenguk ke sini dengan lebih kerap kerana saya akan membuat pengumuman bila-bila masa sahaja dari sekarang.



Sebelum kamu semua tengok senarai TOP TEN ni, saya nak mengucapkan tahniah kepada semua contestants.. Kalau tak terpilih tu, bukan maknanya cinta awak pada si dia tak hebat.. Mungkin kamu tertinggal syarat-syarat penting yang boleh secara aotomatiknya mengeluarkan esesi kamu dari pertandingan..Mungkin yang terpilih lebih pandai berjiwang-jiwangan.. Mungkin kamu terlalu adorekan si dia sampai tak tahu nak tulis ayat camne lagi.. Kan? Kan? So, janganlah merajuk ye gadisku? Kalau boleh semua orang akak nak bagi hadiah.. Takpe, takpe.. InsyaAllah tak lama lagi saya akan buat online contest gabungan Sebumbung Fotografik pula.. Tapi, bila tu.. Tak tahu la lagi..

Owh, ada lagi.. Ada beberapa contestant yang kami, juri-juri rasa menarik sangat.. Tapi, apakan daya, ada yang tak cukup syarat.. Ada yang letak terlebih gambar.. Kan syarat2nya jelas, saya nak 3 gambar sahaja.. Ada yang letak gambar contoh warna idaman.. Bukan saya tak nak approve je, tapi nanti tak adil pula pada peserta yang lain.. Maaf jika saya tak sempat tegur..Kemudian , ada a few yang memang dah dapat markah tinggi dalam esei, tapi dia tak alert syarat yang ini ;

5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim.

Kamu memang letak badge DH dalam entri, tapi tertinggal untuk linkkan ke blog kami.. :( Sorry, saya yang pening-pening nak check satu persatu.. So kalau saya tak tegur tu, maaf sangat2..


Ada yang tertinggal nak bagitahu berapa lama hubungan kamu dan si dia berjalan?

Maka dengan itu, setelah berhempas-pulas saya dan juri-juri lain memilih TOP TEN, hari ini saya nak umumkan 10 yang teratas... (Ingat, tak ikut turutan lagi tu..)


Ok, lets scroll down to see siapa yang terpiih untuk pusingan seterusnya...





*


*


*


*


*


*


*


*


*


*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*


*
*


*
*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


1. azlina aziz


2. cik atia


3. fie-raz


4. @mira


5. cik ika



6. FarahFatihah


7. szakif


8. telokicap



9. aziezainal


10. zainuriazs



So, macamana? Yang TOP TEN ni.. Saya minta masa untuk saya umumkan TOP THREE pula ya?? Sabarrrr...

Lots of Love,
Dina Halim Team Members

Sunday, March 14, 2010

-Pelamin Roman Garden- koleksi terbaru Dina Halim


Salam,


Saya rasa sangat tak sedap hati.. Sebab, lama sungguh tak update blog.. Maaf, bukan saya sengaja-sengaja tak nak update.. Seperti yang saya maklum, anak saya kan masuk wad, sebab demam panas yang tak menentu. Rupa-rupanya tekak dia dah teruk sangat-sangat. Ye la, makan ubat susah betul, sekali hamik.. Lima hari juga saya dan suami tidur di wad. Keluar wad hari Selasa, terus saya concentrate siap-siapkan barang pelamin baru. Sebab, setup Pameran Pengantin hari Khamis kan.


Bayangkanlah, secara laju-lajunya saya prepare barang-barang pelamin tu. Nasib baik sempat.. Ok, saya takkan update pelamin baru tu cepat-cepat kat blog ni. Sebab saya nak kamu sendiri datang tengok hasilnya di PWTC.. Ha ha ha.. *Gelak jahat*..


Ingat!! Esok last day!!


Ada jumpa a few bloggers, yang follow blog saya ni.. ;) Terima kasih gadisku..And ada juga beberapa contestant 'Mengapa si Dia pilihan saya' datang melawat... aziezainal, princess syaqeera, szakif, the zaila.. Yang lain-lain, kalau datang tapi tak tegur, tak nak kawan.. Hehehe..


Eh, lupa pulak.. Lya Ltouch dan Gee Cantik jugak datang lawat booth Dina Halim.. T__T terharunya, ramai orang datang melawat, rasa macam gembira ada tetamu datang rumah..



Last sekali, ternampaklah saya akan Zila Ziman yang dah confirm pakej sanding dengan kami since last year, tapi Zila ni memang peminat Pameran Pengantin.. Setiap kali ada event, ada lah dia..


Baiklah semua.. Ingat kan sesiapa yang nak kahwin tu, atau anda sendiri yang nak kahwin, silalah ke Pameran Pengantin PWTC esok. Hari TERAKHIR!! 14 MAC 2010 Sampai 9 malam je tau! Jom tengok pelamin Dina Halim yang terbaru.. Combination of tiang Roman dan decoration ala english garden, pastel colours.. Memang elegant!

p/s : Sorry kalau saya tak upoload gambar pelamin tu.. Will upload after event ok.. Kalau ada masa tengok live, baru puas hati..

Monday, March 8, 2010

*Pengumuman*

Salam,

Saya nak inform yang anak saya telah di masukkan ke hospital semalam. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang terkawal. Maaf atas kelewatan membalas email, mengupdate blog dan meng-postpone appoinment anda sekalian. Bagi yang telah buat appoinment pada hari Sabtu ini, ibu dan makcik saya akan menggantikan saya.

InsyaAllah, saya akan sedaya-upaya membalas email anda secepat mungkin. Bagi mendapatkan feedback yang pantas, anda boeh sms sebarang pertanyaan kepada saya di talian ;
012-3445672.

Sekian, Terima Kasih

Saturday, March 6, 2010

*Promosi* Pelamin Mini sempena PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA @ PWTC 12-14 MAC 2010

Salam,

Seperti yang saya janjikan, disini saya ingin mengupdate gambar pelamin mini yang akan di promosikan di PWTC kelak. Tarikh akhir promosi berakhir 14 Mac ye, so kalau betul-betul berminat silalah buat keputusan yang benar-benar FIRM sebelum 14 Mac 2010.

Antara promosi yang akan di jalankan oleh DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE ialah ;

- SEPARUH HARGA untuk pelamin mini yang TERPILIH dengan mana-mana confirmation PAKEJ SANDING (rumah ataupun dewan).





Handbouquet untuk sanding. Saya guna imported Rose, ivory colour dan daisy putih.
Nota Kaki : Maaf kalau entri saya pendek dan tak ber-omel-omelan. Nanti kita jumpa di PWTC sahaja ye, untuk bercerita panjang.
Bagi yang berminat untuk mengetahui harga, sila email sebarang pertanyaan kepada kami di dinahalim_butik@yahoo.com.
Sekian, Terima Kasih.

Wednesday, March 3, 2010

50 Blog Malaysia Paling Menarik - Pilihan Intrend-

Salam,

Pihak Dina Halim ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada majalah fesyen masakini, INTREND kerana sudi memilih blog kami sebagai '50 BlOG MALAYSIA PALING MENARIK' pilihan Intrend. :) Hehehe.. Excited, ok. Itu adalah ayat pertama yang terkeluar secara jujurnya pabila di suatu petang, ada gadis comel yang sms saya.

'Kak, blog akak masuk majalah intrend' sms si gadis..

Saya yang sedang bertarung dengan keadaan panas terik dan berehat-rehat sebentar dalam kereta (lepas dapat approval main fotografer tentunya) sebab ambil gambar orang kawen la katakan, terus taip sms balasan laju-laju.

'Haaa? Blog Dina Halim ke?' soalan yang saya kira sudahgaharucendanapula

'50 bog Malaysia paling menarik pilihan Intrend. Blog Dinahalim n zuranyer pun ada. Hahaha.. Terkejut gakla, walaupun kecil..' taip si gadis yang saya kira excited seperti saya juga.. (haha zura, hampun yee..akak tulis sms manja2 kita di sini ;p)

Dengan tak sabar-sabarnya saya lepas waktu kerja tamat, ajak hubby pergi carik Intrend kat kedai buku pertama yang kami jumpa. Nampak je kedai buku, zass! Berebut wa cakap lu.. Sorang satu pegang majalah tu.. Selak punya selak.. Jeng jeng jeng..


Ada la! Suami saya kata..

Terus beli buat kenang-kenangan..

(T____T) terharu, sebab saya tahu ianya mungkin tidak bermakna bagi sesetengah orang, tapi amat bermakna bagi saya. Rasa berbaloi usaha saya selama ini. Wah~~ poyo, macam dapat Anugerah Bintang Fofuler.. Eh, sungguh ni.. Rasa kita di appreciate tau.. Siapa yang tak suka di appreciate, kan??

Wokey lah, jom tengok gambar yang saya snap-snap..


Muka depan Majalah Intrend Mac 2010. Saya konfius, itu Zizie Izette kah? Kenapa dia kelihatan kurus? Saya jeles, ok!

Ngeheeee...

Dina Halim punya blog sah-sah la under label 'Perkahwinan' kan.. Tu Sweet Design Creative atas belah kanan..Hanis Zaikha yang sedia kala glamer tu ada jugak.. Tapi under label lain la.. Kalau nak tahu blog korang ada atau tak, pergi beli sendiri! Hehe..




Kenal tak layout blog Dina Halim ni? Theee..Theee..heee.. Glamer la teddy bear saya tu..

Baiklah para readers sekalian, sekian sahaja cerita kembang hidung dari saya.. Jangan la marah, bukan selalu pun hakak ni masuk magazine.. Bagi can sikit wokey? :8) <---- kembang hidun tak habes lagik..hihi..

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Intrend, yang sudi menjenguk blog kami yang tak seberapa ini. Kemudian sudi pula memilih blog kami antara beribu-ribu blog yang lain. Terima kasih juga kepada para pembaca yang setia (huhu, ada ke yang suka baca blog ni <--cest, ayat cliche sungguh!) kerana sudi selalu singgah di sini.. Singgah lah selalu, insyaAllah anda akan disajikan dengan info-info yang menarik. (Bila la kan..hehe)..



Love,
Dina Halim Team Members