Saturday, January 30, 2010

PAMERAN PENGANTIN 2010 @ PWTC - 12- 14 MAC 2010


Salam,

For Dina Halim's customers yang susah nak datang butik, atau brides to be yang lain Bolehlah berjumpa kami di PWTC nanti ye :)
This event will be held for 3 days only, so don't miss the date. Take note, and do spread the news you guys! Banyak acara lebih menarik, tak silapnya akan ada fashion show. Kali ni buat di Hall yang lebih luas, tak macam tahun lepas. This year Pameran Pengantin will be located at Dewan Tun Razak, level 4.
Go and check their website www.urbanvibe.com.my
or
See you guys there!!
P/s : Dina Halim sponsor 1000 fresh roses. :) And do visit our booth, insyaAllah akan bawa pelamin baru yang *wink* best! And new collection Baju Sanding Eksklusif ; Lace Putih manik hitam, lace coklat & gold, lace purplish + bluish, lace sweet cherry pink (very rare colour!). Buat reminder ye...
Lots of Love,
Dina Halim Team members

Friday, January 29, 2010

Shana & Fuad - Putrajaya

Salam,

Nak update wedding Shana & Fuad, tapi tak ada gambar complete lagi. Sedih, sedih. Hehe. Ini pun dapat gambar from Facebook Lya Sweet malahan cute. Shana sewa baju eksklusif, aksesori dan handbouquet dari kita. Make up by lovely Lya Ltouch.






Dear Shana, bila nak melaram di butik akak? Marilah kita buat appoinment. Hehe. We wish Shana & Fuad all the happiness, and may Allah bless their marriage always. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat, dan moga-moga di pertemukan di Syurga kelak. Amin~ :)
P/s : Sila email gambar kahwin once dah siap.




Friday, January 22, 2010

Omelan waktu senggang

Salam,

Dear brides to be.. Hari ni saya akan bebel-bebel sahaja sebab setakat ini belum ada update job yang baru. Harap maklum, orang baru macam butik saya ni ada la sikit-sikit job. Rupa-rupanya bila masuk industri perkahwinan ni, banyak yang saya belajar. Kelakar pun ada juga, *nanti saya cerita apa yang kelakarnya* tapi yang penting semuanya ilmu yang tidak ternilai bagi saya dan ahli keluarga yang lain.

Ya, bagi yang masih tidak tahu. Ini adalah perniagaan keluarga. Buat masa ini, saya masih lagi malu-malu kucing untuk bercerita sepenuhnya mengenai sejarah penubuhan. Apalah sangat hendak saya ceritakan, biasa-biasa. Orang kampung pulak tu =)

Sentappp nanti orang kampung Sungai Choh. Ye, pertama kali kami join Pameran Pengantin di Mid Valley, saya di kejutkan oleh ibu saya *tak la terkejut sangat* dengan cerita yang di sampaikan oleh beliau. Ibu saya berkata, ada seorang Hamba Allah berkata dengan nada yang sinis seolah-olah memperkecilkan kehadiran butik yang bak kata orang di pinggiran bandar ini.

"Ha? Rawang? Tak pernah dengar pun. Mana Rawang ni? Dah la tak pernah dengar, kenapa mahal sangat?"

Wahai readers yang kebanyakannya strangers in realiti *takkan strangers in fiction kan? kamu real kan? heh*.. Marilah sama-sama kita Google Rawang ni ye. Ada, wujud.. Sahih sangat wujud tempatnya Rawang ni. Dan kami turut menggunakan matawang Ringgit dalam urusan jual beli. Nak beli plywood, nak beli cat, nak beli perkakas membuat pelamin, nak beli paku-paku kecil yang nampak murah bagi orang berduit, nak beli skru-skru remeh untuk orang yang mulutnya skru agak longgar, nak beli baju cantik-cantik memukau mata brides to be, nak beli artificial flower dari gred A ke gred Z, nak beli pelbagai benda yang saya rasa cantik untuk kepuasan mata brides to be memandang khasnya =)

Jadi, janganlah sampai macam tu sekali. Janganlah berkata siang tak pandang-pandang. Ibu saya pun terhairan sejenak. Hati saya terdetik dua jenak;

"Aik, kalau duduk Rawang, barang-barang nak buat pelamin murahkah? Beli baju siap di butik terkenal KUALA LUMPUR dapat diskaun kah? Beli bunga-bunga artificial atau bunga segar di KUALA LUMPUR guna matawang Rupiah kah?"

Aduh~ Macamana nak terangkan? Lantas saya ambil jalan untuk memberi penerangan yang tidak berunsur kemarahan. Bhaha.. *Aku tak marah babe, aku nak lu faham je*

Modal kami tak besar. SILAP BESAR bila ORANG INGAT KAMI BESAR. Alahmdulillah, saya ni ada background berniaga walau tak lama, adalah juga. Before ambil keputusan bersama keluarga terchenta, setelah berdiskusi dan berdebat bersama suami tersayang, maka lahirlah butik yang saya idam-idamkan. Pada mulanya, bukan butik pengantin. Saya idamkan butik busana muslimah sebenarnnya. Tapi entah bagaimana, setelah segala research yang saya lakukan, saya fikir. Kenapa tidak butik perkahwinan sahaja?

Alang - alang saya gembira bermain dengan warna..
Alang - alang saya gembira bila nak beli bunga..
Alang - alang ayah saya juga pandai bertukang..
Alang - alang ayah saya ada basic architecture kecil-kecilan..
Alang - alang suami saya rajin menolong saya kemana - mana..
Alang - alang suami saya kreatif juga rupanya..
Alang - alang ibu saya nak pump in modal sikit, apasalahnya?


Benar, ayah saya bertukang sendiri, dan kadang-kala di bantu oleh seorang/dua pekerja part-time yang mana beliau sangat cerewet, kadang - kadang akhirnya buat sendiri je pelamin tu with his own bare hands! Tak percaya? Datang lah ke butik kami untuk melihat workshop kecil beliau. *haha, tetiba ayat ajak dtg butik*

Cuba fikir ye, ingat senang nak bertukang dan kadang - kadang kaki terpijak/terhempap benda-benda pertukangan? Berpeluh-peluh, terbatuk-batuk sebab habuk kayu yang berbahaya and nak menyiapkan panel kayu siang dan malam? Time nak cat, ingat best? Ingat bau Chanel No. 5 ke? Selain tu, saya bukannya nak berniaga sehari semalam, saya tidak percaya kepada perniagaan slashing price sampai orang mati and lama-lama sendiri mati tak hidup-hidup. Sebab saya pernah nampak banyak contoh sekeliling, turun harga, harga runtuh, then bagi barang yang kualitinya setimpal dengan harga yang di beri. Akhirnya, siapa yang rugi, siapa yang untung? Dapat pulak kalau terkena kes penipun http://www.perjalanan30mei.blogspot.com/ (Ika) *tapi dah jadi invited blog la pulak..huhu*, nampak promosi butik murah yang tak terkira murahnya. After a while, rupanya dapat detact butik tu tak transparent. Tak telus. Janji macam-macam, tapi rekod tak elok. So, brides to be yang lain. Make sure pilihan awak tepat. Banyakkan research ye.

Banyak lagi la, lagi-lagi dengan aksi kelucuan saya yang akan bertanya asal tak sesat jalan ni. Saya tahu, ilmu di dada tak lah banyak macam kebanyakan butik andaman yang dah berkecimpung sepuluh, duapuluh tahun dalam bidang ni. Maka dengan itu, saya selalu lah meringan-ringankan mulut bertanya itu - ini, pendapat orang yang berkebolehan. Tapi saya belajar perlahan-lahanlah, siapa saya nak mendabik dada kata saya hebat. Sampai mati pun, kita ni manusia biasa. Tiada yang hebat kecuali yang Maha Esa.


Oleh yang demikian, itu sajalah omelan saya pada malam ini. Penat la nak tulis panjang-panjang. Jangan lupa ramai-ramai masuk contest kami ye :) Kalau tak nak, ok jugak. Hahaha *Macam tak ikhlas* Tak la, dah tuuu... Senyappp je.. Bagi hadiah free pun tak mau ka? :p

Nota kaki : Sebab ayah saya pandai bertukanglah, koleksi pelamin kami ini boleh cover 4-5 job untuk seminggu. Alhamdulillah, Allah bagi kelebihan itu pada kami. So, bagi bakal pengantin yang nak kahwin date glamer-glamer tu, cepat-cepatlah book kami ye. Outstation seminggu sekali sahaja.

Nota bawah kaki : Enam hari bulan enam sudah full. Maka sepuluh hari bulan sepuluh jangan santai-santai. Dua puluh haribulan sepuluh juga. Dan sekalian pengantin yang akan berkahwin pada bulan Disember. :)



Lots of love,
Dina Halim Bridal Boutique



Nota lantai : Puan Jemari Kreatif, badge/banner awak nanti saya update. Sebab saya nak design badge baru Dina Halim. Saya kepingin warna macam ni. Maka, ianya masih dalam pembikinan.



Pink and Latte. Saya teringin nak dapat job Pink and Chocolate. Yummy!

Picture : click here

Pameran Pengantin 2010 @ Ampang Point

Salam,
Hari ini mite be saya akan merajinkan diri mengupload entri-entri hutang saya. (termasuk entri pertandingan) *uhuk..uhuk..batuk kokol kejap..sebab malu dengan gadis2 sekalian*

Ok, as u gurls tahu.. Dina Halim Bridal Boutique ada join PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2010 @ Ampang Point baru-baru ni. The results is sooo unbelievable, cumanya kali ni kitorang rasa lama sangat pameran ni dijalankan. 5 hari duduk kat kaunter, yang ramai datang adalah pada hari Jumaat, Sabtu and Ahad jugak. Tetapp tak nak datang awal2, so bila booth penuh dan berhimpit2, susah la.. Jangan lupa, take note! Next event will be @ PWTC.. Tapi kali ni bukan kat Legar Putra, tak silapnya kat Hall atas. Nanti kita update ye :)

Jom, tengok gambar booth yang sempat di snap. (Ada sikit je, sebab ruang yang sempit dan fotografer yang bz ;p)

Busy, then tempat agak padat.. Huhu.. Di Ampang Point booth adalah limited.


Design Pelamin Tiang Bulat ini kini boleh request untuk; 1 Panel, 3 Panel atau untuk dewan besar 5 panel.


Nice huh? Suka Pink sangat! *kelip2 mata supaya nampak cute*



Oh, Qery & Hana a.k.a Sepet datang melawat okiess.. Tapi akak membz masa tu.. Tak boleh nak layan sangat.. Walaupun nakk je cubit2 pipi Hana yang comel itu. Sorry sangat2 lenkali nak dtg, time tak de orang la k?

Shahida & Ali - Putrajaya

Salam,

Ini update persandingan Shahida & Ali di Putrajaya awal Januari lepas. Mereka berdua menggunakan pelamin Chic Garden.




Shahida & Hubby with ibu and ayah Shahida.


Lovely Shahida, wearing our Baju Sanding Biasa including accessories. Makeup by Fiza, kawan kakak Shahida.



Shahida & Ali yang loving dan suka berposing.Pandai pula berlakon. Huhu. Nak tengok banyak lagi piccas? Visit www.sebumbungfotografik.blogspot.com.

Saturday, January 16, 2010

By Appoinment Only

KEPADA SEMUA CLIENT - CLIENT, BAKAL CLIENT ATAU SESIAPA YANG MAHU DATANG KE BUTIK ;
Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa butik kami boleh menerima pengunjung dari 10 pagi - 10 malam asalkan TEMUJANJI DIBUAT terlebih dahulu. Pihak kami ingin meminta maaf atas segala kerumitan yang terjadi sebelum notis ini di lakukan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi terus talian
012-6509550
ATAU
ATAU melalui
Facebook DINA HALIM
Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 5, 2010

PENGUMUMAN

ATTENTION TO ALL DINA HALIM'S CUSTOMERS
Bagi customer yang pernah send email kepada pihak kami, sila pastikan anda menerima balasan samada dalam Inbox ataupun, jika masih tidak menerima balasan, sila periksa kotak SPAM anda. Segala kerumitan amat kami kesali.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Dina Halim Bridal Boutique Management

Nadia (Auntie Shikin) - Ukay Perdana

Salam,

Ini adalah contoh pelamin 1 panel juga. (Maaf, kualiti gambar adalah kurang elok. Ambil dengan kamera kotak-kotak sahaja. Terlupa nak bawa DSLR suami terchenta). Actually, pelamin ni di request oleh seorang client.. Khas untuk putri tunggal beliau bertunang. Actual pelamin looks nicer than this photo. Nampak macam sangat garden dan ala - fairy tales. Thanks Auntie Shikin, for trusting us!




This pelamin made by full fresh flower. Tema ialah pink. Dengar cerita hantaran by Nas Great Idea (Wahh~~ untung.. Hantaran tunang pun by Nas..).. Baju pulak by fashion designer yang ada nama juga, cuma saya tak berapa confirm siapa. Ok ladies, if interested, do contact us ya!

Tunang boleh, nikah boleh, sanding pun apa salahnya.. :)

Megat & Aida - Bandar tasik Puteri, Rawang

Salam,
Ini adalah contoh pelamin 1 panel. Saya sudah semakin tidak update mengikut turutan. Di sebabkan ramai yang bertanya ( sebenarnya ada juga contoh Eyma dan Mus tempoh hari), saya update juga pelamin 1 panel kami. Ini adalah majlis di rumah Megat. Beliau pada mulanya nak ambil 3 panel, tetapi atas sebab tertentu, beliau guna pelamin 1 panel.









Interested? Contact us for more details.


Fieha - Bukit Sekilau

Salam,

Saya nak update laju2. Takut ada yang marah sebab saya hutang entri. Maaf, saya busy di Pameran pengantin Ampang point. Esok last day *eh, wait the menet..hari ni last day* bonda dan hubby krohhhh..krohhh..saya masih berjaga..Banyak *konon* kerja ni..Hehe.. Ok, saya nak update pelamin Fieha.. Saya dengan nakalnya sedikit sebanyak mengkidnap gambar dlm FB beliau.. Ada juga gambar yang diambil oleh Mr Sebumbung. Check it out!













Interested? Contact us for more details! (^_^)




PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2010


Event : PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2010
Date : 6th to 10th January 2010
Venue : Ampang Point, Kuala Lumpur
Organizer : Urban Vibe Event
Salam,
Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa bermula pada hari Rabu ini; 6hb Jan 2010, bermulanya PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA yang akan bertempat di Ampang Point. Temui kami di booth 13 (berhampiran/bertepian/berdepanan stage).