Thursday, December 31, 2009

Fieha, Bukit Sekilau -Kuantan-

Salam,
Maaf sebab saya memang betul2 tak sempat nak update. Disebabkan Fieha ada update sedikit mengenai persiapan pelamin beliau, saya pun mengkidnap gambar dari blog beliau directly. Boleh ye Fieha?? Tq.. *Eheh, tepaksa cakap tq kat blog sebab takkan nak call dia 3.30pagi ni? Semua orang dah membuta dah..
*Dan owhh~~ maaf Zura, akak tak reply lagi sms awak mengenai baju songket ye =) *

Inilah hasil di rumah Fieha hari tu.. Fieha pun orang Kuantan, rumah dia kat Bukit Sekilau.
*Nampak sangat ayat mengantuk, pendek2 je ayat saya berikan*






Pelamin ni memang Fieha yang pilih. Bagi saya, Fieha ni seorang yang teliti dan tahu apa yang dia mahu untuk hari bahagia dia. Cumanya, dia ni ada sedikit 'last minit' punya decision. Huhu.. Bayangkan, dia tiba2 confirm dengan saya after Pameran PWTC tempoh hari.. So, dengan bersungguh-sungguhnya saya meng-prepare barang2 yang diperlukan untuk menjadikan pelamin Fieha menjadi kenyataan, seperti yang dia idam-idamkan sangat...
By the way, saya still tak dapat idea nak namakan pelamin Fieha ni, maybe saya nak jadikannya sebagai salah satu soalan untuk pertandingan online saya nanti?? Wuhuhu~~ sila lempang saya laju2 sebab pertandingan belum berlangsung. Bukan apa, memang dah dirancang nak buat start next year, senang sikit nak arrange date.. Lagipun macam tak sesuai je saya prepare tekocoh2 dalam keadaan saya yang bz ni..
Dan by the way, Dina Halim Bridal Boutique join Pameran Pengantin @ Ampang Point next week ye.. Januari 2010.. Nanti saya update posternya di blog ni.. =)
Regards,
Akakyangdahmamaisangat2taksabarnaktido =p
Muahhhhsss!!

Tuesday, December 22, 2009

Aida & Megat, 19 December 2009 - Vistana Hotel, Kuantan -

Salam,

Aida & Megat ; such a lovely couple.. Sangat2 senang nak berurusan dengan mereka. Mostly kitorang diskuss dalam phone, email, mms.. Jumpa dua kali je. Diorang customer yang kita dapat di Mid Valley tempoh hari. Aida & Megat sama cantik, sama padan.. Bagai pinang dibelah dua. (Ok, tiada gambar mereka lagi.. Kerana saya menemani Mr Sebumbung photoshoot di Batu Pahat waktu mereka bersanding. Nnt saya minta gambar dr pihak mereka ye). But my sister kata they look gorgeous, macam prince and princess.

So gadis2, meh layan piccas yang saya terkedek2 edit tadi.. (Dah la laptop saya ni tak ada photoshop, tu la editing yang paling ala2 je saya boleh buat pon..huhu).
Pihak kami bertanggungjawab membuat pelamin, walkaway aisle, pillar arch, hi table deco (tak termasuk backdrop), VIP centrepiece, handbouquet for Aida, menyediakan baju flower girl, basket of rose petals for flower girl.
Sila layan gambar yang tiada caption dengan penuh perasaan ye..huhu..
















Jika berminat dengan pakej yang serupa, sila hubungi kami =)

Warmest Regards,
Dina Halim Bridal Boutique

Monday, December 21, 2009

Bulan December, patah pinggang kami dibuatnya (=_=')

Salam,

Wahhhh~~~

Lama betul saya tak update blog.. Hari ni baru ada masa.. Tu pun saya agak berdebar2 sebab tak tahu nak update mana dulu.. Ok ringkaskan sahaja celoteh saya hari ni..

Entri pertama ni mengenai gambar pelamin Dina Halim Bridal Boutique dalam Pesona Pengantin (isu Januari 2010) ; tapi ianya bukan write up mengenai pameran di PWTC tempoh hari, hanya gambar kecil (besar maknanya pada kami) untuk iklan PAMERAN PENGANTIN akan datang (2010) nanti.. Wuh~~ Hana & Qery, nampak tak kelibat kamu berdua yang kecil2 cili api itu =)

Kemudian, ada terselit gambar pelamin yang kami sponsor pihak Lan & Shiela tempoh hari dalam majalah HAI (ye, walaupun tak disebutkan nama, itu adalah pelamin tajaan pihak kami, harap maklum).. Terima kasih pihak Hai sebab sudi mengeluarkan gambar pelamin kami yang tak seberapa tu.. hehehe..











Kepada yang berminat, pelamin di PWTC adalah produk "HOT" kami, dikenali sebagai Red is Cinta .. Sila hubungi pihak kami untuk quotation ye. Dan juga pelamin Tru Blu, I Love You yang di sponsor untuk majlis Lan di Puchong.. Pelamin tersebut sangat2 sesuai untuk majlis indoor, nantikan update dari saya errmm..setengah jam dari sekarang? (bagi can sikit, nak edit gambar maha sepicisan dua picisan..)
Will update later ;
Pakej Pelamin 'Cinderella Story- part 2' for Aida & Megat 19 December 2009
- Vistana Hotel , Kuantan-
Cheers~~
Dina Halim Team Members


Tuesday, December 8, 2009

Pelamin 1 panel + 2 = Chic Garden Wedding

Salam,
Pengantin kami yang seterusnya adalah dari Pulau Pinang, tapi majlisnya berlangsung di Putrajaya. Kes kali ini agak unik (pada kami la kann..) sebab kami tak pernah berhubung dengan pengantin yang sebenar sehinggalah pada hari pemasangan pelamin. Sebabnya adalah... Kawan baik beliau yang telah mengsponsor pelamin idaman pengantin tersebut.. Best kan?? Ada best friend yang macam ni..
Yang bertanggungjawab mengsponsor ialah Akmah.. Tq Akmah, sebab bagi kepercayaan kepada pihak kami untuk mendekorasi pelamin Ema.

Akmah nak something yang sesuai dengan baju Ema. Ema dikatakan akan memakai baju Turqoise blue yang agak strong kalernya.. So Ema request untuk background krim.. Dengan bersungguh-sungguhnya saya mencari material yang sesuai.. Sebab bila saya tunjuk pada Akmah contoh kain yang kami ada (pelamin pertama kami..Cinderella Story Part 1) dia request untuk kami dapatkan background yang tak berapa nak lari tonenya..

Then saya turut merancang menambah deco panel silang untuk mendapatkan effect garden, yet kemas.

Maka, jadilah hasil yang seperti berikut;
Pelamin Chic Garden
Bagi bakal2 pengantin yang menginginkan pelamin ini, email saya untuk dapatkan harga.. Jauh lebih murah berbanding pelamin 3 panel.. Dapatkan harga sementara tengah promosi ni ye.. RM1XXX.00 SAHAJA!! Saiz dia lebih kurang 3 panel, cuma 3 panel lebih lebar..Promotion ends untill 31 december 2009.

Okay, seperti biasa.. Sila layannnn gambar2 dibawah =) *piccas credit to Mr Sebumbung*

Chic Garden Wedding. If nak tukar konsep pun boleh.. Kena diskuss ngan designer kami di butik.

Tempat renjis kecil yang memang kecil dan comel =)

Ini adalah chandelier favourite saya =)


Candle holder yang match dengan tema


Ok la dearie2.. Saya sudah mahu melelapkan mata.. InsyaAllah kita bertemua di entri akan datang.. Owh, ye.. Saya ingat.. Sabar2.. Saya hutang kamu sekalian pertandingan online kan? Aiyoyoo.. Adik2 manis tidak lupakan saya.. (^_^) Baikkk! Saya akan berusaha!
*Sebenarnya kena tunggu Mr Sebumbung designkan banner pertandingan..Beliau sgt membizikan diri*
*Promosi pelamin 1 panel + 2 tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran percuma di kawasan terdekat Rawang sahaja. Sila email untuk pertanyaan lanjut*


Lan Kristal & Shiela 6 Disember 2009 - Puchong


Salam,

Ha.. Kan saya dah kata saya rajin hari ni.. Okay, kali ni entri mengenai Lan Kristal dan Shiela.. Actually kami telah mengpropose untuk sponsor mereka 2 minggu sebelum perkahwinan.. Urgent kan?

So seperti yang di request oleh Shiela, mereka mahukan pelamin yang boleh match dengan warna tema. Warna tema mereka ialah kuning di Raja. Shiela dan Lan terpikat dengan pelamin yang kami setup di PWTC tempoh hari.. So after berbincang dan berbincang, mereka memilih untuk menggunakan pelamin Tru Blu, I Love You..

Untuk majlis mereka, kami sponsor pelamin sanding di rumah Shiela, pakaian berinai (tak tahu mereka sempat menggayakannya atau tidak) dan Jojet silk pink putih untuk acara potong kek (yangmana saya tahu tak sempat nak tukar sebab diorang busy)..

Ok, sila layan gambar2 ye..
















Norhayati & Wan Mishayil - Klang

Assalamualaikum,


Baiklah, hari ni saya bersungguh-sungguh ingin mengupdate blog ini. Akhirnya ada masa.. Maka bersedialah untuk membaca celoteh yang panjang dan mungkin tidak menghiburkan hati anda.. Huhu.. Sorry, malam ni i emo pulakss kannn.. Ni pasangan pengantin yang confirm dengan kitorang kat Mid Valley tempoh hari. Mereka ni la pasangan yang pertama confirm dengan pakej kami di MidValley hari tu.. Sweet couple, suka bergurau senda.. Yang lucunya, awal2 perkenalan saya berpendapat Wan sangat2 cerewet berbanding Yati. Jarang kan, lelaki cerewet.. Hu hu hu.. Tapi takpe, beliau tetap cool..



Pasangan ni banyak kali bertukar fikiran nak tukar warna baju.. Tapi yang confirmnya background nak merah hitam.. Time tu la wujudnya pelamin Red is Cinta ni.. Akhirnya, selamat juga mereka diijabkabulkan pada 5 Dec 2009 yang lepas.. Masa buat checklist pulang2 barang, saya yang rasa sayu.. Sebab rasa macam kenal lama pulak diorang ni.. Anyway, hopefully kita keep in touch dear! ;*)



Apayangaimerepeknilabu..




Jom, layan gambar2..Letak sikit2 je la kay, nak banyak meh datang butik =)




Warna tema mereka Merah, Putih dan Hitam.. Actually, suasana waktu malam lebih cantik.. InsyaAllah bila Yati email saya piccas waktu malam saya akan update ye.. Nampak romantik, elegan dan dengan lampu jurai2 di setiap khemah rasa macam fairytale pun ada jugak..

Ini contoh Pillar Arch kita, waktu malam boleh la nampak effect downlightnya


Pelamin baru siap di setup. Oh, sila abaikan beg plastik di sebelah kiri itu..Hihihi


Kami menempah khas kerusi Hi back hitam ni untuk pasangan Yati dan Wan. Wan sangat excited sebab dapat kerusi idamannya..


Yati menggayakan busana eksklusif Putih + Biru terbaru kami.. Seriusly cantik dan elegan..

Ini contoh entrance Arch biasa kami

Pasangan ini menyewa satu lagi baju dari Dina Halim Bridal Boutique. Warna Kelabu + Pink menjadi favourite kebanyakan customer kami. Tapi mereka menggayakan busana tersebut semasa acara pemotongan kek dan acara bunga api pada waktu malam hari.. Grand betul wedding diorang, siap ada bunga api..

Apa2 pun, kami disini mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga akhir hayat mereka.. Semoga dikurnikan zuriat yang soleh dan solehah hendaknya..

p/s : suka mereka kerana sangat2 cermat menjaga barang =) huhu..

Pictures credit to Mr Sebumbung..

Monday, December 7, 2009

Dina Halim Bridal Boutique; Penaja pelamin Lan Kristal dan Shiela

Salam,

Saya bagi pihak Dina Halim ingin memohon maaf sekiranya ada email yang tak terbalas oleh kami kebelakangan ini.. Dengan ada a few client yang tak sempat lagi saya nak jumpa, sebab ada di antaranya nak jumpa saya juga (^_^) *eeii, rasa glamer la* hehehe.. Tak, saya hanya bergurau.. (=_=") *sempat lagi padahal entry ini ditaip pada pukul 4 pagi*..



Okay, serius.. Saya dan crew2 Dina Halim sangat2 berjaya membizikan diri kami pada hujung minggu ini.. Ya, tiada lagi hujung minggu yang senggang untuk saya di bulan Disember.. Update la cepat, apa saya merepek di pagi buta ini??



Baiklah.. Saya hanya upload satu gambar yang tak berapa nak jelas rupanya..Tapi ok lah.. Tunggu ye, nanti Mr Sebumbung akan upload dari kamera gempak beliau, maka secara otomatisnya gambar saya juga akan menjadi cun, tidak seperti blur2 hahakantoiamikgunakamerahenfon..



3 wedding (ye, dah cukup letih sebab tempatnya jauh2 dari Rawang ini)



1) Norhayati Mohit & Wan Mishayil - Klang

2) Emma (err..saya kenal emma tak sampai 10 minit, sebab kawan baik beliau mengsponsor pelamin tuk emma.. Thanx to Akmah yang memilih Dina Halim sebagai decorator pelamin) -Putrajaya

3) Lan Kristal dan Shiela.. - Puchong



Dina Halim dengan berbesar hati, *sambil merendah2 diri* telah menjadi penaja utama untuk pelamin persandingan Lan Kristal dan Isteri tercinta beliau, Shiela.. Ok, cukup..cukup..Karang saya merepek saya yang tak dapat tidur.. Ni baru balik bukak pelamin kat Klang ni, terus online..Boleh?? Hu hu hu..



Meh la tengok gambar kabur saya =p






Nampak? Sayup2 sahaja muka Lan dan isterinya yang comel.. Nasib baik tangan saya kategori galah dan berjaya menjadi panjang untuk mengsnap-snap foto..

Baiklah gadis2.. Gud nite, sleep tite.. Muahhh2.. =)