Thursday, September 10, 2009

PENGUMUMAN

Salam, saya ingin memohon maaf jika saya terlewat membalas email2 anda.. Jika mahu jawapan yang cepat, boleh sms direct ke 019-3370062.. Maaf, busy sikit nak raya + buat hantaran adik ipar saya.. Terima kasih atas semua maklum balas dan komen2 yang diberi..

Wedding Azzen USJ

Assalamualaikum

Akhirnya siap semua proses pemasangan pelamin di rumah Azeen pada hari Khamis lepas. Azeen telahpun selamat diijabkabulkan bersama pasangannya pada hari Jumaat, selepas Maghrib. Azeen telah mengambil pakej Eksklusif Dina Halim (rumah).


Pelamin 1 Panel, sepatutnya Azeen nak High Back chair, tapi tinggi rumah Azzen tak sesuai. Jadi kita tukar dengan kerusi yang bersesuaian.


Azeen dan Mak Tam (Puan Suhana). Azeen memilih busana kelabu Eksklusif Dina Halim. Gambar ni diambil masa fitting, jadi belum makeup2 lagi.


Kerja-kerja pemasangan pelamin. Adik Azeen rajin betul,siap tolong kitorang buat kerja. Hihi.


Nak pasang tempat chandelier

Ok, tu je la setakat ni. Hari ni pun ada wedding di Serendah. So InsyaAllah esok lusa saya update wedding kat Serendah pulak..

Cupcake, Anyone??

Assalamualaikum..

Dear brides-to-be and follower atau sesiapa yang rajin singgah blog Dina Halim,

Kami ingin memohon sejuta kemaafan sebab blog ni dah stuck semenjak sebelum raya hari tu..Tapi setakat ni perjalanan meng-reply email masih berjalan lancar. Nasib baik rumah mertua saya kat Terengganu ni ada Wi-Fi..Cuma saya tak ada banyak masa nak update cerita-cerita baru..

Sebelum terlambat, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh Malaysia. Seronoknya menyambut Aidilfitri bersama keluarga, tapi jangan dilupa kesedihan insan yang tidak dapat merasanya. Apa-apa pun sayu sejenak hati saya kerana Ramadhan pergi meninggalkan kita. Moga-moga Allah pertemukan lagi Ramadhan kepada kita pada tahun yang akan datang. Amin~~

Alhamdulillah, adik ipar saya Muhammad Fahmie dan isterinya Sahrina Diana selamat diijabkabulkan pada hari ke-4 di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Semoga perkahwinan mereka diberkati dan dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah.

Ok, jom berbalik kepada motif asal saya nak berblog hari ni. Hehehe..Masa hantaran Fahmie kepada Sharina hari tu, saya telah menempah cupcake comel daripada cupcakeland

This cute cupcake cost me for only RM70 perbox. Cupcakeland juga ada buat cookies yang cute-cute sesuai untuk hantaran, gifts untuk guests atau kalau lebih kreatif, jadikan dia ala2 bunga pahar. Modern kan?? Setakat yang saya tahu cupcake ada a few selection of fillings yang boleh dipilih. Contohnya Strawberry filling,Chocolate chips, Mint chocolate chips, Strawberry chips. And for the cookies boleh buat either Vanilla base or Chocolate base.

Meh ramai2 layan gambar yang saya kidnap (dengan izin empunya web la tapi kan..)



Tuesday, September 8, 2009

Produk Baru Ondaway

Assalamualaikum,

Wuhh..Penat betul hari ni. Katanya cuti, tapi disebabkan ala2 mengada nak jugak beli barang-barang pengantin saya gagahkan juga diri ni. Hari ni saya rasa happy sangat sebab akhirnya saya berjaya membeli aksesoris yang diidam-idamkan.. Nak letak gambar pun belum sempat snap lagi. Walaupun wedding job pertama saya adalah bulan October nanti, saya punya debaran dah macam bakal pengantin pulak. Tapi Alhamdulillah, hampir kesemua barang untuk pengantin dah sedia. Cuma baju shantung lelaki tadi saya baru tempah. Lepas raya InsyaAllah siap.

Sepatutnya kena hantar qoutation kat seorang client ni, tapi harap dia dapat bersabar..Esok saya will scan the pictures as requested ye Ryn??Huhu..

Dina Halim ada produk baru, kita ada pelamin up to 5 panel. Pelamin terbaru kita tengah ondaway nak siapkan. Harap2 ianya menjadi secantik yang saya impikan =)

Satu lagi produk baru ialah baju-baju yang cute untuk flower girl. Kita ambil tempahan dan juga untuk sewaan. Gambar juga belum ada, ondaway jugak (=_=') Lalala~ harap bersabar.. Kat bawah ni saya google je gambar2 baju flower girl yang saya berkenan di hati.


Cute kan??Nampak ayu je

Ni design yang selalu flower girl pakai

Walla~~ nampak vogue!Kang lebih cantik flower girl dari pengantin..hihi..


Awww..comel sangat budak ni,rasa nak gigit je!

Pada saya la, baju flower girl ni depends dengan kesesuaian jugak. Kalau tak nak seksi, kita boleh buat design yang nampak sopan. Atau kalau ada yang pakai baju kurung pun still mereka2 ni nampak comel. Sebab semua kanak2 dilahirkan comel kan?? Tapi biasalah..Saya masa kecik2 dulu pun teringinnnn sangat nk baju2 gown macam ni. Konon dah princess sangat dah pada saya..Hihihi..
Ok, ini pulak pengumuman yang saya nak buat..Disebabkan ramai yang bertanya maka saya umumkan secara rasmi dalam blog ni. Dina Halim Bridal Boutique menerima tempahan seluruh Semenanjung Malaysia. So sesiapa yang berminat tak kisahlah dari mana asalkan Semenanjung Malaysia, sila email kami untuk pertanyaan lanjut. Sabah & Sarawak bukan di-anak-tirikan, cuma belum ada branch lagi kat situ..Hoh, bersemangatnya..Baru bernafas nak ada branch??Hehehe..Manalah tau, ada rezeki..Kan?? (^_^)
Last sekali................
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sebelum nak melelapkan mata, nak mintak maaf jugak kat Mir sebab belum berkesempatan nak buat tag yang diberi..Wawawaa *lari berjengket kaki secara senyap2*

Tuesday, September 1, 2009

Baju Sanding Biasa

Assalamualaikum..Ha, disebabkan saya tersangat excited nak tunjuk gambar jubah Eyma yang dah siap tu, saya gagahkan juga diri ni nak upload malam ni jugak. Sebab takut esok tak sempat atau busy. Selain tu ada jugak gambar baju sanding biasa yang lain.



Lace purple. Maybe nak tambah manik sikit kat kain dia. Tapi ada jugak yang suka simple macam ni kan?

Ini pulak lace hijau.



Songket hijau


Songket kelabu



I love this colour. Biru.


Dan jeng jeng jeng. Jubah biru idaman Eyma dah siap =) Cantik kan? I like the colour. Sangat berani. Selalu nak warna2 pastel je kan. Tapi takpe, Eyma tu cerah orangnya. Cuma dia agak risau dengan bakal hubbynya. Hopefully ok warna ni dengan bakal hubby dia. Owh, kot shantung bakal hubby je belum siap. Ondaway.


Kat bawah ni saya saja je nak pastekan combination warna yang saya rasa cantik tuk Eyma or any blue lover out there. Maybe Eyma punya warna biru a bit terang. Saya akan softkan dengan bunga tangan fresh warna light yellow campur putih. Sweet...



Source for this picture are from The Perfect Palette

Hantaran ideas

Salam, lama betul tak update blog..Tengok orang lain, semua rajin2 mengupdate..hari ni patutnya nak update baju sanding pakej biasa. Sebab ada yang bertanya, kalau baju sanding pakej biasa tu macamana rupanya. InsyaAllah esok saya will upload gambar-gambarnya ye. Harap bersabar. Owh, yang excitednya baju untuk Eyma pun dah siap. Dia salah seorang customer yang akan ambil pakej Dina Halim bulan Oktober nanti. Cantik baju dia, jubah warna turqoise blue. Hari ni saya just blogwalking je. Ke blog2 bakal pengantin untuk melihat2 ke-kreatifan para bakal pengantin. Ye la, mana tau saya pun boleh dapat inspirasi untuk pelamin dan dekorasi terbaru saya nanti? =)

Untuk bulan September ni, saya kena buat hantaran untuk Fahmi dan Diana. Diorang bukan orang lain pun, adik ipar saya jugak. Diana wish for hantaran purple. And Fahmi to Diana tak kisah combination warna apa asalkan ada warna maroon, terus je saya kata akan matchkan dengan hitam. Huhu, sebab katanya in fashion hitam kan?

Untuk Diana (Dd) memang dah lama berkenan dengan Set Pumpkin Cinderella ni. Jemari Kreatif ada untuk sewa.. Cute sangat2..Suka la, kalau la Dd nak warna pink lagi cute kan? Tapi tak pe..purple pun cute..Just look at Sher Design punya purple. Tapi entah kenapa tahun ni saya demam warna pink. Seriously..Sepanjang hidup saya yang suka warna-warni ni, warna pink ni lambat sikit muncul dalam hidup..Hehehe..dah tua2 baru nak suka pink.


Cantik kan?? Ala2 princess..If guna yang ni, tak payah nak dulang2 lagi. Harga sewa boleh la tanya puan Jemari Kreatif sendiri. Kalau buat suara kesian2 sikit dia bagi la diskaun. (=_=')

Design hantaran macam ni yang tengah hot sekarang. Comel je warna purple ni. Tengok lah, dah siap hantaran nanti saya update insyaAllah.

Yang pihak Fahmi ke Dd saya nak buat simple je. Mungkin ala2 seperti gambar dibawah



White tray tu saya nak beli yang warna hitam, tapi maybe saya nak tambah deko sikit2 lagi. Contoh macam letak lilin jugak? Cuma yang penting tak nak nampak serabut sangat. Bulan Disember nanti ada customer nak backdrop pelamin damask merah hitam. Kenapalah saya tak beli lebih sikit kain tu??Kalau tak boleh buat alas dulang..Haih..

Ke nak carik je dulang macam ni??Pastu letak bunga je..Yang ni saya dapat from Mya&Dyana..Nice huh?Nampak elegant je..

Then biasalah bila dah berblogwalking tu kan. Terjumpa a few blog yang best2. Saya ni patutnya nak buat link, tak buat2 lagi. Saya terjumpa blog yang jual cinderella stuff jugak. Hik =) sukeee sangat.


Awww..cute kan??Match je dengan set hantaran cinderella tadi.. Nasib baik dah kahwin, kalau tak seriously must buy item ni! Nak tengok yang lain visit http://marryme2u.blogspot.com/

Ok, itu je lah kot. Nak blogwalking lagi. Selamat berbuka semua!