Wednesday, August 26, 2009

Jualan Pelamin Untuk Butik Andaman

Khas untuk mak-mak andam, pak-pak andam =)

Kami juga ada membuat pelamin untuk butik-butik diluar sana menambahkan koleksi. Pelamin 2009 Dina Halim sekarang dibuka untuk tempahan! (Tapi yang baru la kan..Takkan nak jual yang kami display tu..hihihi)..

Seperti biasa, if berminat sila email kami untuk dapatkan harga. Meh la tengok gambar pelaminya (Alaaa..yang mana lagi, kami kan baru ada satu design..)

Inilah rupa rangka pelamin. Maaf, ada yang tak cat lagi tu =)


Ni contoh yang pihak kami dah deco2. Kamu2 butik dilur sana yang lebih kreatif mesti boleh buat lebih gempak kan?? Haaa..Apalagi, meh la beli rangka pelamin tu dengan kami.

1 Set consist of
*Rangka Pelamin (1 panel atau 3 panel ke atas) Up to 5 panel pun boleh
*Pelantar ( tangga yang dalam gambar 16 kaki lebar )
*2 tiang kayu untuk bunga sisi

Pastu kita bagi free Downlight setiap panel 2 downlight. Bermakna if order 3 panel, dapat 6 downlight la. So korang just tambah chandelier je.

Meh, dapatkan harga special dari kami. Email cepat2 ye. Oh, kalau ada design sendiri pun boleh, tapi kena datang kedai untuk berbincang dengan designer kami kay.

Saturday, August 22, 2009

Pakej Fotografi

Majlis Perkahwinan Ilyana dan Awie 29 Mei 2009






Salam Ramadhan semua! Hari ni saya nak update contoh gambar fotografi yang diambil oleh inhouse fotografer kami iaitu Sebumbung Fotografik. Terdapat dua pakej yang ditawarkan iaitu;


Pakej Photobook
5 Jam sesi fotografi
Seorang fotografer
100 gambar siap edit dan disusun atur
1 Album custom photobook
1 Enlargement gambar (10 R)
1 DVD gambar yang tidak diedit


Pakej Custom Album
5 Jam sesi fotografi
Seorang fotografer
120 gambar siap edit dan disusun atur
1 Album custom storyboard hardcover
2 Enlargement gambar (10 R)
1 DVD gambar yang tidak diedit


Bagi sesiapa yang berminat, sila email kami untuk dapatkan quotation ye =)



Selamat Berpuasa!


Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga kita dapat beribadah dengan tulus ikhlas kerana Allah SWT. Semoga dosa-dosa kita diampunkan Yang Maha Esa. Yang paling penting semuga panjang umur agar dapat menunaikan ibadah puasa selengkap-lengkapnya. Marilah kita berfikir sejenak, mungkinkah ini Ramadhan terakhir untuk kita? Jika ini yang terakhir, wajarlah kita berhabis-habisan menunaikannya. Ya Allah, Ya Rahman, ampunkanlah kami insan yang kerdil lagi hina ini. Jauhkanlah kami dari segala bencana dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin~~


p/s : Imej kami ambil dari yahoo search engine. Jika imej adalah hak milik sesiapa kami ingin memohon maaf dan boleh berhubung dengan kami terus untuk mengeluarkannya dari blog ini. Terima Kasih.

Tuesday, August 18, 2009

Promosi Sempena Bulan Kemerdekaan

Salam, kami ingin mengumumkan yang butik kami kini mengadakan promosi besar-besaran sempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba. Bagi sesiapa yang hendak berkahwin terutamanya tahun ini, dapatkan segera diskaun hebat yang kami adakan. Sah hingga 31 Ogos 2009 sahaja.
* Syaratnya senang sahaja, hendaklah confirm sebelum 31 Ogos. Selepas 31 Ogos harga kembali kepada asal.
* Siapa cepat, dia dapat. (Terutamanya bagi sewaan pelamin)



PELAMIN 2009 DINA HALIM (without shaggy carpet) = Email kami untuk dapatkan harga istimewa!

Sunday, August 16, 2009

Baju Nikah

Assalamualaikum, hari ni saya ingin mengupload sikit koleksi baju nikah kami. Setakat ini, baju2 nikah kami materialnya adalah jenis sifon (bagi yang perempuan sahaja).




Thursday, August 13, 2009

Dina Halim Bridal Boutique @ Pameran Pengantin 2009 Mid Valley

Penat masih terasa, al-maklumlah ini pertama kali kami setup masuk exhibition. Lagi-lagi persiapan kami ala kadar memandangkan butik pun belum mula beroperasi. Tapi Alhamdulillah, sambutan masih dikira baik. Ramai yang bertanya mengapa koleksi baju kami terhad. Untuk pengetahuan semua, pihak Dina Halim amat mementingkan kualiti. Kami tidak mahu mempuanyai kuantiti yang banyak, tapi kualitinya tidak bagus. Kami sangat mementingkan kepuasan pelanggan kami. Disebabkan itu, koleksi kami buat permulaan ini adalah apa yang kami paparkan. Maka dengan itu, jika terdapat sebarang request warna dari pihak anda semua (terutama warna yang kami belum ada) boleh berbincang dengan kami. InsyaAllah kami akan update koleksi Nikah pula nanti.

Jom tengok Dina Halim Bridal Boutique sepanjang PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2009 di Mid Valley baru2 ini.














Koleksi Baju Sanding Eksklusif

Lace Kelabu dihiasi manik sarat bewarna kelabu dan pink, memberikan impak kombinasi yang unik dan berani

Jojet Silk putih dihiasi manik silver dan putih


Material Jojet Silk Putih, dihiasi manik2 silver dan pink



Material Lace Gold Kekuningan dihiasi manik sarat berwarna senada



Material Lace Kelabu dihiasi manik sarat berwarna senada




Assalamualaikum,

Disini kami attach gambar2 baju Sanding/Resepsi bagi pakej Ekslusif. Sebarang pertanyaan mengenai harga atau pakej boleh email kepada pihak Dina Halim. Email kami di alamat dinahalim_butik@yahoo.com atau telefon kami terus di talian 012-6509550 atau 019-3370062. Sekian, terima kasih. =)

Wednesday, August 12, 2009

Pelamin 2009 dina halim



Assalamualaikum, pihak pengurusan dina halim ingin memohon maaf atas kelewatan kami mengupdate blog..InsyaAllah akan kami update tidak lama lagi. Disini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengupload gambaR pelamin yang kami bawa semasa PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA di Mid Valley baru2 ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0126509550 atau 0193370062. Sekian, Terima kasih.